Di sini ialah contoh Voucher tambah nilai Redtone Mobile yang boleh anda dapati dari cawangan-cawangan yang dilantik. Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang dari pengedar voucher tambah nilai ini, sila hubungi saya di 0126440974. Syarat-syarat untuk menjadi pengedar mestilah menjadi pengguna REDtone Mobile.
Manakala di bawah ini ialah contoh tambah nilai untuk e-pay. ramai pengguna REDtone Mobile keliru di manakah letaknya pin untuk membuat tambah nilai. Pin tersebut dilabelkan hitam dan diletakkan pada sebelah atas slip. Selalunya kaunter yang memberi kemudahan e-pay ini dilengkapi dengan mesin yang mencetak slip reload secara automatik.
Terdapat lebih dari 11,000 outlet e-pay di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkan di stesen minyak Petronas/Shell/BHP, kedai 7eleven, kedai farmasi rangkaian seperi Guardian dan Watson's, pasaraya-pasaraya utama, POS Malaysia dan cawangan-cawangan yang tertera logo e-pay.
Anda perlu minta slip Redtone Mobile bernilai RM40 daripada kaunter.
Kepada pelanggan REDtone Mobile, ingat bahawa kad tambah nilai REDtone Mobile hanya diperolehi dalam nilai RM20 dan RM40 sahaja buat masa ini dan pada masa yang sama REDtone Mobile sedang menguruskan untuk mengeluarkan kad tambah nilai REDtone Mobile RM10. Berhati-hati membeli kad tambah nilai tersebut kerana REDtone mempunyai banyak produk seperti REDtone Plus, REDtone IDD dan sebagainya..