Penggunaan Redtone Mobile

REDtone Mobile adalah produk gabungan postpaid dan prepaid. Gabungan tersebut dinamakan plan hybrid. Pemahaman cara menggunakan REDtone Mobile amat penting bagi memastikan pengguna REDtone Mobile sentiasa dapat berhubung. Saya akan memberi beberapa contoh kes dan jalan penyelesaiannya.

Perkara yang penting yang perlu difahami adalah RM40.00 merupakan komitmen pengguna REDtone Mobile setiap bulan atau dengan erti kata lain pengguna REDtone Mobile dikehendaki menggunakan REDtone Mobile sekurang-kurangnya RM40.00 sebulan. Dengan memenuhi komitmen tersebut, ia melayakkan pengguna REDtone Mobile mendapat komisyen untuk bulan tersebut dan terus dapat berhubung.

Akaun Redtone anda terbahagi kepada dua iaitu:
Store Value (SV): Nilai yang boleh ditukar kepada TalkTime atau pembayaran komisyen bila melebihi RM100.
TalkTime (TT): Nilai yang akan digunakan untuk membuat panggilan. RM40 akan dikreditkan ke TT pada setiap 1 haribulan kalendar ditolak dari SV.
Nilai yang terdapat dalam Talktime (TT) merupakan nilai yang perlu diguna habis pada bulan tersebut kerana jika anda tidak menghabiskannya maka nilai tersebut tidak akan dibawa ke bulan berikutnya (bermakna anda tetap perlu maintain topup RM40 sebulan).
Store Value biasanya terdiri daripada kredit yang tidak digunakan (topup tambahan) dan juga komisyen dari downline. Baki Store Value akan dibawa ke bulan berikutnya.

REDtone Mobile akan menghantar mesej kepada anda sekiranya Store Value (SV) campur dengan Talktime (TT) anda dalam keadaan berikut:

kurang daripada RM20.00 (pemberitahuan pertama)
kurang daripada RM5.00 (pemberitahuan kedua)
kurang daripada RM3.00 (permberitahuan ketiga)

REDtone Mobile juga akan menghantar mesej makluman pada setiap 1 haribulan semasa transaksi pemindahan dari Store Value (SV) ke Talktime (TT) berlaku. Dengan makluman tersebut anda akan mengetahui sama ada anda perlu membuat tambah nilai ataupun tidak mengikut nilai baki Store Value (SV).

Berikut adalah contoh kes-kes, keterangan dan penyelesaian:
Kes 1 (Normal)

Bulan Pertama pada hujung bulan
Store Value (SV) = RM40.00
Talktime (TT) = RM0.00
Bulan kedua pada 1 hari bulan sebelah pagi
Store Value (SV) = RM0.00
Talktime (TT) = RM40.00

keterangan :
Store Value (SV) anda dipindahkan ke talktime (TT) setiap 1 haribulan sebelah pagi mengikut kalendar.

Kes 2 (Bar)
Berlaku pada bila-bila masa
Store Value (SV) = RM2.00
Talktime (TT) = RM0.60

keterangan:
REDtone Mobile anda akan Bar apabila Store Value (SV) dicampur dengan Talktime (TT) anda kurang daripada RM3.00. Bar bermaksud anda tidak dapat membuat panggilan/sms ke luar sahaja tetapi masih boleh menerima panggilan/SMS.

Penyelesaian:
Sila tambah nilai REDtone Mobile anda sekurang-kurangnya RM10.00 untuk anda terus berhubung. (ini adalah normal seperti operator lain. No Money No Talk)

Kes 3 (10 hari sebelum suspen)
Bulan pertama pada hujung bulan
Store Value (SV) = RM21.00
Talktime (TT) = RM0.00

Bulan kedua pada 1 haribulan sebelah pagi
Store Value (SV) = RM1.00
Talktime (TT) = RM20.00

Keterangan:
Store value (SV) anda dipindahkan ke Talktime (TT) sebanyak RM20.00 pada 1 haribulan sebelah pagi mengikut kalendar. Anda diberi masa untuk membuat tambah nilai RM20.00 sebelum atau pada 10 haribulan mengikut kalendar. jika anda tidak membuat tambah nilai dalam masa 10 hari yang diperuntukkan, maka REDtone Mobile anda akan suspen. Suspen bermaksud anda tidak dapat membuat dan menerima panggilan/sms.

Penyelesaian :
Normal
Anda perlu membuat tambah nilai sebanyak RM20.00 sebelum atau pada 10 haribulan mengikut kalendar bagi mengelak suspen.

Suspen
Jika anda terkena suspen, anda perlu membuat tambah nilai sebanyak RM30.00 di mana RM10.00 adalah penalti kerana lewat membuat tambah nilai. Anda jangan risau sebab RM10.00 tersebut akan menjadi Talktime (TT) anda. Maka tidak wujud pembaziran. Apabila anda suspen anda tidak dapat membuat tambah nilai menggunakan telifon REDtone Mobile anda tetapi anda boleh menggunakan mana-mana operator lain untuk membuat tambah nilai ke REDtone Mobile anda dengan mengikut aturcara yang terdapat dalam kad tambah nilai.

Kes 4 (3 hari sebelum suspen)
Bulan pertama pada hujung bulan
Store Value (SV) : RM16.00
Talk Time (TT) : RM0.00
Bulan kedua pada 1 haribulan sebelah pagi
Store Value (SV) : RM16.00
Talktime (TT) : RM0.00

Keterangan:
Store Value (SV) anda kurang dan pemindahan ke Talktime (TT) tidak dapat dibuat. Maka anda diberi masa 3 hari mengikut kalendar untuk membuat tambah nilai sebanyak RM40.00. Jika anda lewat membuat tambah nilai mengikut masa yang diperuntukkan maka REDtone Mobile anda akan suspen. Semasa tempoh 3 hari yang diberikan. Telefon bimbit anda akan suspen.

Penyelesaian:
Normal
Buat tambah nilai sebanyak RM40.00 ke dalam REDtone Mobile anda dalam masa 3 hari mengikut kalendar dan anda akan terus dapat berhubung serta layak komisen pada bulan tersebut.

Suspen :
Jika anda terkena suspen, anda perlu membuat tambah nilai sebanyak RM50.00 di mana RM10.00 adalah penalti kerana lewat membuat tambah nilai. Anda jangan risau sebab RM10.00 tersebut akan menjadi Talktime (TT) anda. Maka tak wujud pembaziran. Apabila anda suspen anda tidak dapat membuat tambah nilai menggunakan talian  REDtone Mobile anda tetapi anda boleh menggunakan mana-mana talian lain untuk membuat tambah nilai ke REDtone Mobile anda (sebagai pihak ketiga) contohnya menggunakan reload MOLepoints (Rujuk bahagian Tambahnilai )

Secara ringkasnya:

  • Konsisten topup sebelum akhir bulan tersebut untuk menikmati perkhidmatan berterusan.
  • Nilai dari Store Value akan berpindah ke TalkTime secara automatik pada 1 haribulan kalendar.
  • Nilai Store Value akan ditolak sebanyak RM40 / RM20 pada 1 haribulan kalendar.
  • Untuk penggunaan melebihi RM40, anda boleh topup pada bila-bila masa dan nilai topup anda tadi akan disimpan dalam Store Value.  Jadi, baki topup anda akan dibawa ke bulan seterusnya jika tidak habis digunakan